kerana tertamparnya aku sampi ternampak merahnya di pipi..
dan kerana berderai air mata aku kedalam..
aku paste entry kak fynn ini.
untuk menyedarkan aku.untuk aku bukak mata.untuk kamu2 juga....
Thursday, September 10, 2009
perhatian penduduk negeri nafi
terimalah.dia tak pernah nakkan kau.
dia sekarang dah ada org lain.
dia dah lama tak nak kau.
dia cuma nak main2.
tapi tidak.
kau tolak untuk percaya.
kau rasa kau lebih kenal dia.
kau tahu dia siapa.
kau benci orang semua.
berhentilah.
siapa yang kau bohong selain engkau sendiri.
dia tidak cari engkau
dia tidak peduli engkau
dia sudah lama pergi
cuma kau degil untuk memancang nisan.
sampai bila.
pecah suria pagi adalah selepas segelap2 malam.
maka harung sahaja runcing beku gelita.
mana ada kesepian yang tidak lama?
sesaat dalam siksa tak pernah setimpal dengan seribu hari bahagia.
kerana masa itu ilusi.
sepintas untuk yang menunggu.
seabad untuk yang tak mahu.
benar. hidup ini kejam. benar. tidak aku diadilkan. benar.
tapi yang ini benar juga:
betapa mudah kita membiar jiwa hancur.
sedangkan dari kecil ditatang mak ayah.
betapa mudah kita membiar diri ranap.
sedangkan dari kecil dijulang tak sudah.
betapa murah.
kalaulah tahu mak ayah.
kalaulah tahu betapa kita tak sudah2
membiar jiwa dan diri jadi murah dan mudah.
kalaulah.
pasti hancur dan ranap
seorang mak
seorang ayah.
entri ini adalah untuk mereka2 yang hidup dengan penafian.
ditulis dengan jujur, semoga didengarkan.
yang benar:
fynn jamal
bekas menteri besar,
negeri perempuan2 bodoh,
daerah denial,
zon sampah berkeruh.
1 comment:
syaz. aku dah buat blog baru lagi. haih. jum g umah fara raye ni. aku pun suke gak fynn jamal tu. terase mcm nak mati. hoho
Post a Comment