Saturday, June 26, 2010

demi matahari..




Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya

Tujuh.
Tujuh kali Dia bersumpah.



lagi..lagi dan lagi diri ini terjelopok..aku yg bukan siapa-siapa..yg tidak punya hak atas diri sndiri.. tidak layak untuk mengadili walau sebesar zarah kehidupan itu sekalipun..
seluruh semesta tunduk akur pada yg satu..dari sebesar2 galaksi sehingga sekecil-kecil atom2 yg membinanya..aku..hanya salah satu..hanya. salah. satu dr apa yg tercipta milikNya..jika dikumpulkan setiap segala yg termilik olehNya,segala yg tertulis didalam surah di atas, dan lebihhhhh lagi..aku ini?..nothing.nothing. setiap degup jantung, setiap daya yg menyokong tulang belulang ku ini, setiap hela nafas, setiap warna yg kulihat, setiap bunyi yg terdengarkan, setiap rasa yg tercetus, setiap aliran darah, setiap sel yg hidup, dan seluruh adanya jiwa ini, milik Dia..Hanya Dia..aku ini bukan apa-apa.bukan apa-apa.bukan apa-apa.bukan apa-apa.bukan apa-apa.bukan apa-apa!!bukan apa-apa!!

begitu juga engkau.

jadi..

megapa begitu bongkak?!
mengapa masih berjalan smbil menghentak sepertinya tanah itu lebih rendah darjatnya?!
mengapa masih mengeluh sepertinya panas itu ciptaan mu?!
mengapa masih berebut seakannya udara itu milik kau seorang?!
mengapa perlu menilai setiap salahnya org dihadapan mu, sepertinya engkau begitu yakin yg engkau sesunggunya lebih mulia dari dia walau sebesar zarah pun?!seperti dosanya lebih besar dari dosa mu??
mengapa?
mengapa??
mengapa???

atas dasar apakah kau nilaikan aku.....?
perlukah aku bukukan segala amalan ku dan hamparkan setiap satunya di hadapan matamu?supaya terperoleh untukku pahala darimu?
perlukah aku kepilkan setiap senyumanku untukmu, supaya terperoleh untukku syafaat mu?
ATAS DASAR APA?

haih.

lakum dinukum waliyadin..


Subhanallah..sesungguhnya, aku terlalu byk dosa, bertimbun2 tidak terhitungkan.xterbayangkan.aku tau..aku sedar itu.
tetapi..
apa kurangnya engkau?
tinggi sugguhkah darjatmu..


jika tak kau kenali diri ini,
janganlah terus kau caci..
dgn sebesar2 ruang yg ada dlm jiwa ini, aku pelawa dan menjemput kau untuk menegur salahku..
tetapi jangan kau lupa melihat dimana langkahmu..


penulisan ku ini, bukan untuk menconteng arang atau menunding mana2 jari kearah siapa pun..sesungguhnya kesemua 20 jariku, aku tundingkan pada diriku sndiri. untuk peringtan bagi diri.
Demi Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Sesungguhnya, Dia lah yang Maha Penyantun..





2 comments:

joven said...

beautiful blog..pls visit mine and be a follower.. thanks and God bless..

http://forlots.blogspot.com/

ms. mac said...

luv this post!!!!