Sunday, October 10, 2010

melankoli rinduku

haritu (2 thun lepas) aku "dipaksa" tuk tulis n perform sajak tuk maulidur rasul kat kolej.
cair otak nk wat ayat, ketaq lutut nk sampaikan..

harini, kemas2 bilik, terjumpe blk sjak tu! yeay..

ni dia....aku tulis sejujur jujurnya rasa hati..


melankoli rinduku
by: akusyazz (feat baem)

mari pinjamkan matamu singgahkan telingamu..
mari mendengar dari aku yang serba tak tahu..

aku tak boleh bohong. aku xkuat iman...
mungkin aku tak dapat coretkan sebuah taman sebagai lukisan

aku xboleh tipu. aku tak serapat dengannya seperti mana kamu dan kamu
namun aku tak pernah lepas dari menadah tanganku menghala kesitu
supaya walau seketika cuma, dapat kurasakan apekah itu namanya restu

Oh Muhammad Ya Rasulullah.......

Engkau matahari, Engkau purnama, Engkau cahaya diatas cahaya
Sinar kelibatmu tidak pernah menjejak ke inderaku yg sememangnya, fana
sesungguhnya tidak pernah walau sekilas raut parasmu aku tatap
tetapi..
kasihmu, perngorbananmu, sunnahmu, setia menemani kalbuku seperti tujuhnya garisan pelangi yg pekat likat..
masakan rindu ini akan terubat selagi mata tidak terikat..

kau lah pilihan atas pilihan, yang terulung lagi dijunjung,
kau pemimpin akhir zaman, dari awal hingga ke hujung..


puisi ini bukan merintih kasih,
puisi ini bukan menagih rindu,
kasih akan bertaut,
rindu akan terubat,
pasti.
itu janji umat Muhammad,
untuk bertemu
bukan dalam mimpi bukan fantasi,
tetapi disana nanti.....
ini janji.



this is the last of many ive written..
wooo lamenye dah xtulis!

pasti nk start kumpul rasa,
jadikan bibit untuk ditinta.


1 comment:

ninjiompeipakoa said...

keep writing!
still terngiang2 part pekkattt likkattt tu :)

btw, adEk, pls delete the previous comment yang i sent.. hehe.. tu account lain